DUBAI: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada Jumaat menjalani jadual padat di Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) Expo City, Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Di COP28, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut berkenan meluangkan masa bertemu dan bertukar pendapat dengan Putera Monaco Putera Albert II, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, Presiden Uzbekistan Shavkat Miromonovich Mirziyoyev dan beberapa ketua dan pemimpin negara asing yang lain.
Di sebelah petang, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga berangkat menyempurnakan majlis perasmian Pavilion Malaysia serta menyaksikan majlis pertukaran dokumen membabitkan syarikat- syarikat Malaysia dan UAE.
Di majlis tersebut, Baginda bertitah, jurang teknologi dan kewangan antara negara maju dan negera membangun perlu dikurangkan untuk memastikan semua negara mendapat akses yang saksama untuk penyelesaian tenaga hijau dengan kos yang berpatutan.
Manakala, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri turut berangkat menyampaikan titah, atas persilaan Wanita Pertama Turkiye Puan Yang Terutama Emine Erdogan, di majlis “Climate Talks for a Green Future” di Turkish Pavillion.
COP28 yang berlangsung hingga 12 Disember 2023 melibatkan 70,000 perwakilan termasuk ketua-ketua negara dan pemimpin dunia untuk melahirkan persetujuan dan memudahkan perkembangan tindakan iklim dalam kalangan pihak berkaitan, perwakilan dan ribuan pertubuhan bukan kerajaan, syarikat, kumpulan belia dan pihak berkepentingan lain.
Dzulfitri Yusof
Fri Dec 01 2023
Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong turut berkenan meluangkan masa bertemu Presiden Uzbekistan Shavkat Miromonovich Mirziyoyev dalam kepadatan jadual baginda. - Foto: Istana Negara
TPM, menteri Kabinet zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun keputeraan rasmi Agong
Menteri Kabinet menerusi media sosial masing-masing merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Pantau Belanjawan: China lanjutkan tempoh pengecualian visa, apa manfaat ekonomi?
Setiausaha Agung, Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF), Dr Sri Ganesh Michiel kupas lanjut berkenaan isu dan bagaimana ia memberi impak kepada sektor pelancongan negara.
AWANI Ringkas: Keciciran calon SPM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kod QR di BSI dilaksana dua minggu lagi
Pemeriksaan imigresen menggunakan kod QR bagi aplikasi MyRentas di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dekat sini, dijangka mula beroperasi dalam tempoh dua minggu akan datang.
Lai Pei Jing jadi mangsa sindiket penipuan, wang simpanan lesap
Pemain berusia 31 tahun itu berkongsi insiden malang yang menimpa dirinya di media sosial.
Kereta terbabas di bulatan, pemandu Nissan GT-R maut
Seorang pemandu Nissan GT-R maut manakala penumpangnya cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas di bulatan Kampung Sungai Melayu, pada Ahad.
SUV rempuh parkir gereja: 'Tiada unsur sabotaj, henti spekulasi' - Polis
Insiden sebuah SUV yang hilang kawalan sebelum terbabas dalam kawasan parkir Gereja St Ignatius, Petaling Jaya tidak melibatkan unsur sabotaj atau khianat.
Intervensi bukan kaedah baharu, mampu kurangkan keciciran calon SPM - Wong
Langkah itu lebih bersifat pemujukan dan memberi kesedaran kepada setiap calon berkaitan kepentingan menduduki peperiksaan tersebut.
Pasang CCTV lindung tukang jahit warga asing
Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik, Kedah selepas selesai proses dokumentasi.
Isu Palestin: PM Anwar pilih pertahan prinsip berbanding takut pelaburan terjejas
Anwar mengakui usaha menarik dan merealisasikan pelaburan bernilai tinggi masuk ke negara ini bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi ia sesuatu yang amat penting bagi meningkatkan ekonomi negara.
China, AS ikrar perkasa sinergi tangani perubahan iklim
Menurut Xie, kedua-dua negara akan menubuhkan kumpulan kerja bersama untuk menggerakkan proses multilateral dan melaksanakan Pelan Hala Tuju Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) masing-masing.
UAE Consensus titik bersejarah komitmen global tangani perubahan iklim - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata, hasrat itu terkandung di bawah agenda 'The First Global Stocktake' yang menilai kemajuan dan jurang pelaksanaan Perjanjian Paris.
Persidangan Iklim PBB seru 'peralihan' bahan api fosil
Teks pengisytiharan COP28 diterbitkan pada pagi Rabu oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) selaku tuan rumah persidangan terbabit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COP28: Urbanice Malaysia, PR1MA Corporation Malaysia jalin kerjasama dengan UN-Habitat, Masdar City
Kolaborasi itu melibatkan Urbanice Malaysia dan UN-Habitat serta PR1MA Corporation Malaysia dan Masdar City, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Lebih banyak usaha diperlukan untuk beralih dari sumber hasil balak, lombong - Pemangku Raja Pahang
Lebih banyak usaha melalui pendidikan dan tekad politik diperlukan untuk beralih dari sumber hasil negeri berasaskan pembalakan dan perlombongan kepada sumber alternatif yang lebih mampan.
COP28: Nik Nazmi seru semua sektor tangani kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim
Langkah mitigasi dan penyesuaian perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan secara serius untuk mengurangkan kesan buruk terhadap biodiversiti negara.
Orang Asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang
Pahang mempunyai 80,000 penduduk Orang Asli daripada pelbagai suku, yang mendiami kawasan hutan di negeri berkenaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.